HAPPY CHINESE NEW YEAR 2020

HITZ FM LIVE

Wednesday, 21 January 2015

Chef Wan Tutup TV Kerana Qu Puteh Di Anugerah Juara Lagu Ke 29


Oleh Rotikaya Staff pada 
19 January 2015, 12:01PM
Kami rasa kami boleh faham perasaan Chef Wan yang meluahkan rasa jelak dengan kaedah iklan yang digunakan oleh jenama kecantikan Qu Puteh di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) yang berlangsung malam tadi. Naik muak juga mendengar.
Menerusi akaun Instagram beliau hari ini Chef Wan berkongsi pendapat beliau tentang pengiklanan produk Qu Puteh yang berlebihan ketika AJL 29 berlangsung sehingga beliau mengambil keputusan untuk menutup televisyen selepas hanya beberapa minit siaran.
“I was trying to watch the Juara Lagu last night over TV3. After a few minutes i just got so irritated by that Qu Puteh thing that went off my head over and over again that become a huge turn off that I actually went off to my living room and rest and decided not to watch the show at all,” tulisnya.
Chef Wan juga menceritakan pengalaman beliau bersama sebuah jenama makanan sebelum ini yang memaksa beliau untuk menyebut jenama tersebut setiap kali bahan atau produk digunakan dalam program masakan beliau beberapa tahun lalu.
“There this penyakit with Malaysian TV station trying to hard sell a product on such a prestigious annual event that is completely a turn off that all other world TV station will never do! Pekak ke atau buta ke kita penonton jika diajukkan sekali dua bahan putih itu not to understand the product to the point the presenters pun nak menyebut dan permainkan benda tu over and over again”
“So distasteful,” tambah Chef Wan lagi. Ada benar juga apa yang dikatakan chef selebriti popular ini. Semoga Qu Puteh selepas ini boleh ambil iktibar supaya menggunakan kaedah pemasaran yang tidak terlalu menjengkelkan khalayak ramai selepas ini. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

WEDDING & EVENTS VENUE -GARDEN PALACE @ D'SAJI TITIWANGSA

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, New Straits Times, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Malaysian Gazette, Berita Harian Online, Kosmo, Sinar Harian and Yahoo are shared in this blog bestfbkl.blogspot.com to keep the blog community better informed.

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.