Translate

30 January 2015

Fizz Fairuz Dedah Wajah Anak Selepas 44 Hari

Fizz Fairuz Dedah Wajah Anak Selepas 44 Hari

..
Debaran bergelar bapa semakin dirasai pelakon Fizz Fairuz sementelah isterinya pelakon Almy Nadia sekarang menunggu hari untuk melahirkan anak sulung mereka.
Almy yang kini hamil 36 minggu dijangka bersalin pada 27 Februari depan.
Akui Fizz, dalam pada dia berasa seronok, timbul juga persoalan dalam dirinya tentang pengalaman sebenar dan keistimewaan menjadi seorang ayah.
"Ini kali pertama saya akan menjadi seorang bapa. Selama ini kita dengar banyak cerita dan pengalaman orang lain apabila ada anak kecil kena bangun malam apabila anak menangis atau nak menyusu, kita ibu bapa kena bersengkang mata tidak tidur.
"Saya tidak pernah lalui pengalaman macam itu dan saya tertanya, adakah situasi macam itu sama macam kita tidur lewat dan bangun lewat," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem terbaru lakonannya, Cicakman 3, semalam.
Begitupun, Fizz menyatakan sudah bersedia untuk melalui saat-saat itu. Malah baru-baru ini sebagai persiapan terakhir dia banyak mempelajari tips dan petua tradisional daripada kakak, ibunya juga ibu mertuanya mengenai perihal menyambut kelahiran bayi.
"Saya sudah bersedia. Segala persiapan dari segi baju dan katil untuk bayi kami telah pun dibuat.
"Saya pun banyak bertanya dan belajar daripada kakak serta ibu saya tentang beberapa perkara antaranya kalau anak menangis tengah malam, kalau dia kembung, kalau dia muak susu apa yang perlu kita buat? Nanti kalau nak azankan dia, di telinga sebelah kiri atau kanan?," tuturnya.
Difahamkan, Fizz dan Almy dijangka akan menimang cahaya mata perempuan. Kata Fizz, buat masa ini dia belum memilih nama anak sulung mereka itu.
Sementara itu, Fizz menyatakan dia tidak akan mendedahkan wajah anaknya sehingga tempoh berpantang habis iaitu selama 44 hari.
Bukan niat mahu menyorokkan dari diketahui umum tetapi tindakannya itu kerana mengikut amalan dan pantang larang orang dulu-dulu.
"Bukan hendak sorok, lagipun sebelum ini kami sudah beritahu yang kami berkahwin, akan timang cahaya mata dan tentunya umum ingin tahu pekembangan seterusnya.

"Memang kami akan kongsikan gambar anak tapi seelok-eloknya bak kata orang tua-tua, biarlah sehingga Almy habis berpantang dulu.
"Saya ada bertanyakan kepada doktor, boleh atau tidak bayi yang belum cukup 44 hari kena 'flash', doktor kata, terpulang pada kami.
"Sama seperti kalau bayi kita kena sakit kuning. Kalau dikampung, ada yang amalkan amalan jemurkan budak itu di tengah matahari pagi. Kata doktor, kadang-kadang kita pun tidak tahu sama ada 'flash' itu ada bakteria atau tidak," katanya.
Mengenai kerjaya pula, Fizz bakal muncul menerusi filem Cicakman 3 yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Mac depan. Dalam filem arahan kerjasama dua pengarah, Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar itu, Fizz memengang watak sebagai Inspektor Adam.
Pertama kali bekerja di bawah arahan Yusry dan kali kedua bersama Ghaz, Fizz menyatakan rasa bertuah kerana terlibat sama dalam filem sekuel Adiwira itu.
Namun begitu, ia satu cabaran besar buat dirinya kerana Yusry dan Ghaz masing-masing mempunyai idea kreatif tersendiri mereka yang sangat berbeza. Dalam memenuhi kehendak kedua pengarahnya itu pada awalnya dia sendiri keliru dengan pembawakan wataknya.
"Bila saya tanya Yusry, bagaimana watak saya, dia cakap macam ini. Bila tanya Ghaz, dia cakap macam itu pula.
"Jadi dalam cerita ini memang saya keliru. Sebagai contoh, saya perlu berada di dua lokasi berbeza.
"Dari pukul 8 pagi hingga 6 petang saya perlu berada di lokasi A. Kemudian pukul 6 petang hingga pukul 4 pagi saya perlu berada di lokasi B.
"Sebagai pelakon, selalunya kita akan bawa kesinambungan itu daripada awal sampai akhir cerita.
"Tapi bila dengan Yusri, dia suruh buat macam ini, bila dengan Ghaz pula dia suruh saya buat lain. Yusry lebih kepada lakonan dan Ghaz pula lebih pada emosi.
"Saya ambil masa lebih kurang dua minggu untuk faham rentak mereka. Walaupun 'sakit' untuk penuhi kehendak kedua pengarah ini tapi sebagai pelakon saya akur dan satu pengalaman baru dapat bekerja dibawah arahan mereka.
"Apabila saya tengok hasilnya sewaktu proses suntingan, baru saya faham dan kagum dengan kreativiti dua pengarah ini," kongsinya.
Perkembangan lain, Fizz baru selesai penggambaran sebuah filem epik sejarah British sekitar 50-an berjudul Long Piah. Filem arahan Syamsul Yusof itu turut dibintangi Aman Graseka dan Fey Qushairi.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 2 hrs 53 mins ago