Translate

27 November 2014

Sharnaaz Ahmad Mengaku Emosi Tak Stabil

Terkilan dengan industri filem yang semakin ‘sakit’, pelakon Sharnaaz Ahmad berharap filem terbaru lakonannya ‘Gila Baby’ mampu membuka minda penonton dalam memilih filem yang berkualiti.

Kata Sharnaaz, dia tidak mengharapkan filem ini mendapat kutipan pecah panggung, namun cukup sekadar dapat mengubah haluan industri filem tempatan menjadi lebih baik.

“Sekarang jangan fikir tentang untung. Lebih baik kita sama-sama cari jalan bagaimana nak mempertabatkan industri filem tanahair. Industri kita sudah semakin sakit,” kata Sharnaaz.

Tambah Sharnaaz, dia tidak menyalahkan penonton kerana golongan itu hanya menonton apa yang disediakan oleh penerbit.

“Penonton tak salah dalam hal ini, sebaliknya penerbit filem harus bijak menghasilkan filem-filem yang bagus dan Finas pula harus tahu menapis filem yang bagaimana layak ditayangkan,” ujarnya ketika ditemui di sidang media filem ‘Gila Baby’ baru-baru ini.

Sementara itu bercakap mengenai peranannya dalam filem ‘Gila Baby’, Sharnaaz berkongsi dia melalui waktu yang sukar ketika menjalani penggambaran filem ini.

“Saya menjalani penggambaran filem ini sewaktu isu dengan Shila Amzah hangat diperkatakan. Emosi saya waktu itu tak stabil. Tapi syukur pengarah Khabir Bhatia banyak membantu saya bagaimana menenangkan diri untuk menjayakan watak ini,” jelas Sharnaaz.

Sharnaaz memegang watak Roy, seorang gangster yang lucu tapi menjengkelkan. Kata Sharnaaz dia menjadikan sebuah filem indie antarabangsa sebagai rujukan membawa watak ini.

Filem terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama Filmscape ini berkisar tentang seorang pemuda yang terdesak mencari wang bagi merawat ayahnya yang sakit. Dengan mengambil jalan mudah, dia membantu rakan sekolahnya yang merupakan seorang samseng dengan melakukan jenayah mencuri kereta. Keadaan bertambah rumit apabila dia menyedari ada seorang bayi dalam kereta yang dicurinya.

‘Gila Baby’ akan mulai menemui penonton bermula 4 Disember depan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Onana howlers give Lyon a draw with Man United as ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilftri esok, ' 42 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Wall St leaps after Trump announces 90-day tariff ' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Caj Perkhidmatan PUSPAKOM Naik Mulai 1 April | BES' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan meningkat | ' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago