Translate

24 November 2014

Nora Danish Nafi Berpisah Dengan Nedim


Teka-teki tentang perpisahan Nora Danish dan Nedim Nazri terjawab apabila pelakon popular ini memberitahu ia hanyalah salah faham di kalangan peminat. Spekulasi perpisahan pelakon cantik ini bertebaran apabila Nora berkongsi satu gambar yang berkapsyen “The End” oleh Nora di laman Instagram beberapa minggu yang lalu.

“Tulisan tersebut merujuk kepada berakhirnya malam saya (the end of the night). Mungkin ada antara pengikut yang terlihat post tersebut tersalah anggap maksud di sebaliknya”, jelas Nora yang turut berkongsi majoriti daripada 1.3 juta pengikutnya di laman tersebut adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja.

Keadaan itu menurut Nora membuatkan dia lebih senang menganggap kata-kata negatif yang kerap ditinggalkan di ruangan komen Instagramnya sebagai gurauan semata-mata. Tambah Nora lagi, dia tidak akan sekali-kali menggunakan media sosial sebagai medium untuk meluahkan perasaan peribadi, kecuali sesuatu yang berkaitan dengan kerinduannya pada Rayqal.

Berkongsi perkembangan seni terbarunya, Nora yang baru-baru ini hangat di pawagam dengan filem ‘Anak Jantan’ baru sahaja pulang dari Pulau Bali untuk penggambaran video muzik terbaru Nomad yang merupakan runut bunyi telefilem terbaru lakonannya, ‘Cikgu Timah Sebelah Bandar’ yang bakal ditayangkan di Astro First.
Nora & Nedim
Selain itu, antara filem yang akan menampilkan lakonan Nora dalam masa terdekat ini adalah ‘Suami Jatuh Dari Langit’ bersama Qi Razali, ‘Gudang Kubur’ bersama Faizal Hussein, ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ bersama Kumpulan Jambu dan ‘Polis Evo’ bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam.

Terlanjur bercerita tentang telefilem ‘Cikgu Timah Sebelah Bandar’ yang diheret kontroversi penyingkiran pelakon jelita, Hanez Soraya baru-baru ini, Nora berkongsi rasa simpati akan nasib Hanez dan berpendapat bahawa dia perlu diberikan peluang kedua oleh semua pihak.

“Pada hari pertama penggambaran, saya begitu teruja apabila bersua muka dengannya di set, malah saya juga banyak bergambar bersama Hanez waktu itu dan mengongsikannya di Instagram. Saya memang tidak tahu menahu tentang penyingkiran tersebut, sehinggalah keesokan harinya”, kongsi Nora.

Sejurus dikhabarkan tentang berita tersebut, Nora terus menghubungi pihak produksi untuk mengesahkan berita tersebut. Selepas itu, barulah saya menghubungi Hanez sendiri dan berkongsi rasa simpati. Saya rasa mungkin kerana pihak produksi nampak reaksi negatif di sosial media daripada kongsian tersebut. Kemudian menerbitkan kerisauan dari segi kutipan komersial, berikutan produk tersebut adalah untuk siaran berbayar di Astro First”, ujarnya lagi.

Menurut Nora lagi, dia percaya bahawa setiap orang perlu diberikan peluang kedua untuk membaiki dan membuktikan kemampuan diri, dan Hanez tidak terkecuali dari peluang tersebut

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KL GETS NEW DEPUTY POLICE CHIEF DATUK LAW HONG SOO' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from New york viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS susulan keyakin' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Astro AWANI terima anugerah Liputan TV Tertinggi d' 2 hrs 55 mins ago