Translate

26 November 2014

Amber Chia alami keguguran akibat kandungan luar rahim


24 Nov – Supermodel terkenal Amber Chia yang gembira bakal menimang cahaya mata kedua menerima berita sedih apabila dia keguguran akibat kandungan luar rahim.
"Sebenarnya pada tahun 2008, saya telah pun menjalani satu pembedahan. Ketika itu doktor kata peluang untuk saya mengandung agak tipis akibat pembedahan itu.
"Tetapi saya bersyukur dapat melahirkan anak sulung, Ashton Wong yang kini berusia 4 tahun. Cuma tidak sangka pula saya terpaksa berhadapan dengan pembedahan itu lagi.
"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika itu apabila doktor memberitahu saya mengandung. Kemudian doktor mengatakan kandungan itu gugur. Perasaan itu bercampur baur, saya pasrah," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, supermodel berusia 33 tahun itu turut menyuarakan rasa kecewanya kerana komplikasi yang dihadapinya membuatkan dia tiada lagi harapan untuk mengandung lagi.
Sementara itu, Amber berkata dia bersyukur walaupun mengalami keguguran kerana dia sudah mempunyai seorang anak berbanding pasangan lain yang masih berusaha mahu mendapatkan anak.
"Kita perlu meneruskan hidup seperti biasa, dan tidak perlu terlalu bersedih kerana saya masih boleh bersyukur kerana sudah pun mempunyai seorang anak berbanding segelintir pasangan lain yang masih berusaha untuk mendapatkan anak."

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 22 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna ' 33 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 36 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 46 mins ago