Translate

24 August 2014

#MH17- ISTIADAT PENGHORMATAN JENAZAH TRAGEDI MH 17 KE 2 - 24 OGOS 2014




#MH17- ISTIADAT PENGHORMATAN JENAZAH TRAGEDI MH 17- 24 OGOS 2014


RTM 

Tiga lagi jenazah mangsa tragedi MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada pukul 8.30 pagi tadi. 

Bagaimanapun, hanya dua jenazah diberikan Istiadat Penghormatan Negara. 

Manakala satu lagi jenazah tidak melalui istiadat berkenaan atas pemintaan ahli keluarga. 

Kumpulan kedua jenazah itu terdiri daripada penyelia penerbangan MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing. 

Dua jenazah tersebut melalui istiadat penghormatan jenazah seperti yang diadakan untuk kumpulan pertama kelmarin. 

Dua jenazah iaitu satu di dalam keranda dan satu lagi dalam bekas khas abu mayat telah dibawa turun dan dimasukkan ke dalam dua van jenazah yang menunggu. 

Tempoh bertafakur seminit seluruh negara diadakan pada pukul 8.41 pagi sebaik diumumkan secara langsung menerusi televisyen dan radio. 

Istiadat penghormatan tersebut dihadiri Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang kenamaan yang lain. 

Suasana sedih dan pilu dapat dilihat apabila keluarga waris dan sahabat handai menanggis sebaik van jenazah lalu di hadapan mereka. 

Sementara itu kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 warganegara Malaysia dijangka dibawa pulang ke tanah air pada 30 Ogos ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed '22 ahli sindiket tawaran kerja sambilan tak wujud ' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 35 mins ago