Translate

28 August 2014

Isteri Awie Terkejut Perkahwinan Tidak Berdaftar


Setelah beberapa siri kontroversi antara penyanyi rock Awie bersama isterinya, Rozana Misbun menggemparkan dunia hiburan, akhirnya Rozana tampil di sebuah sidang media yang diadakan di lobi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada Jumaat dengan ditemani oleh dua orang peguamnya iaitu Rubiah Jaffar dan Majdah Muda.

Adik kepada aktres Haliza Misbun ini mendedahkan semenjak kejadian yang berlaku antara dirinya dan Awie, belum ada lagi perbincangan yang terjadi di antara mereka. Mengambil tindakan untuk tidak memberi sebarang komen sebelum ini, Rozana tidak akan lagi berdiam diri dan akan memastikan haknya sebagai seorang isteri dan ibu ditegakkan di muka pengadilan demi anak-anaknya.

“Kami tidak pernah berbincang langsung untuk bercerai. Saya terperanjat kerana dia sangat sibuk mengenai hak penjagaan anak. Sedangkan semenjak saya keluar rumah, saya dan dia tidak pernah berbincang langsung mengenai hal rumah tangga atau anak. Kami belum berpisah pun, tiba-tiba sahaja keluar cerita mengenai hak penjagaan anak. Saya pun tidak boleh buat apa-apa kenyataan sehinggalah hari ini. Tetapi saya masih ingat yang setiap kali kami ada berselisih faham sebelum ini, dia selalu mengungkapkan perkataan ‘jangan sesekali ingin merebut anak’ kepada saya,” ujar Rozanna.

“Sudah hampir dua bulan saya tidak bertemu dengan anak-anak. Saya telefon pembantu rumah, dia mengatakan yang Awie tidak membenarkan dia melayan panggilan saya. Apabila saya hubungi pihak sekolah pula, mereka memaklumkan yang Awie telah menghantar surat di sekolah untuk tidak membenarkan saya mengambil atau bertemu anak. Jadi saya kena buat apa?,” kata Rozana lagi.

Terdahulu, pada 22 Julai lepas, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman telah berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara ke atas tiga orang anaknya dengan Rozana iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4, daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
Bercakap mengenai sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan dan cerita yang seakan memburukkan Rozana di laman sosial serta media, Rozana mahu biarkan sahaja perkara itu dan dia tidak boleh menghalang dakwaan buruk sesetengah pihak mengenai dirinya.

“Saya mahu biarkan sahaja jika ada sesiapa pun ingin mendakwa perkara buruk mengenai saya. Saya dan keluarga tahu kebenaran apa yang terjadi. Susah jika saya mahu menjawab tuduhan itu satu persatu. Jika tak tahu perkara sebenar, lebih baik diam sahaja dan jangan bagi komen serta pendapat. Awie sendiri pastinya tahu bagaimana hubungan saya dengan anak-anak. Sebelum ini, saya langsung tidak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun cuma sehari,” kata Rozana lagi.

Dalam pada itu, Rozana juga mendedahkan yang dia mendapat tahu yang perkahwinannya bersama Awie di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 tidak pernah didaftarkan di Malaysia.

“Selepas keluar dari rumah kira-kira dua bulan lalu, saya ada ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi permasalahan rumah tangga saya. Dari situ saya mendapat tahu yang perkahwinan saya dengan Awie tidak pernah didaftarkan di sini. Saya sangat terkejut kerana sebelum ini dia pernah mengatakan yang dia sudah mendaftar perkahwinan kami di negara ini,” kata Rozana lagi.

Sebelum ini, pada 11 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Ampang membenarkan permohonan pelakon filem 'Sembilu' itu untuk menghalang pihak ketiga atau pihak media daripada membincangkan atau membuat sebarang ulasan dan andaian mengenai kes pertuduhan ke atas pelakon itu yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana pada 2 Jun lepas

Adakah tindakan Rozana membuka mulut pada pihak media telah melanggar keputusan mahkamah yang dilakukan?

“Apa yang berlaku dalam perintah tersebut adalah di dalam bidang kuasa Mahkamah Majistret jenayah. Apa yang diperkatakan hari ini adalah berkenaan dengan kes syariah. Dua perkara ini dalam bidang kuasa yang berbeza. Seingat saya, perintah tersebut tidak secara konklusif. Mahkamah Majisret hanya mengatakan selagi mana melibatkan komen yang memprejusdiskan perbicaraan. Kalau yang lain, tiada masalah,” ujar Majdah selaku peguam Rozana.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KL GETS NEW DEPUTY POLICE CHIEF DATUK LAW HONG SOO' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from New york viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS susulan keyakin' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Astro AWANI terima anugerah Liputan TV Tertinggi d' 2 hrs 55 mins ago