Translate

06 August 2014

EMPAT SUSPEK KES BUNUH DUA PELAJAR BRITAIN DIBERKAS



Kuching, 6 Ogos - Polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit
dalam kes bunuh dua pelajar warga Britain di Jalan Padungan di sini awal pagi ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chung berkata tiga suspek diberkas kira-kira pukul 6 pagi ini dan sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kes yang berlaku kira-kira pukul 4.15 pagi itu turut ditemui.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan suspek keempat berumur 35 tahun berjaya diberkas di Kenyalang Park di sini kira-kira pukul 4.45 petang ini.
Bercakap dalam sidang media di sini, Chai berkata siasatan polis setakat ini mendapati dua daripada suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah dan rompakan berkumpulan.
Menurutnya sebuah kereta jenis Perodua Viva yang digunakan keempat-empat suspek semasa kejadian itu turut dirampas.
Beliau berkata kes itu secara teknikalnya telah selesai ekoran penangkapan empat suspek berkenaan serta penemuan pisau dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kes bunuh itu.
Chai berkata polis juga telah memperoleh perintah tahanan reman selama tujuh hari daripada mahkamah terhadap tiga daripada suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Menurutnya mangsa yang masing-masing berumur 22 dan 23 tahun, merupakan pelajar perubatan di sebuah universiti di Britain yang sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital di sini dan dijangka menamatkan latihan berkenaan pada 8 Ogos.
Katanya identiti mangsa belum dapat didedahkan bagi menghormati anggota keluarga mereka yang mungkin belum dimaklumkan berkenaan kejadian itu.
Menurutnya siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa pergi ke sebuah kedai minuman di Jalan Abell, Padungan, untuk minum minuman keras sebelum bertengkar sesama sendiri.
Chai berkata seorang daripada suspek yang berada di kedai berkenaan telah menghampiri dan menegur mereka kerana berbuat bising dan ini telah menimbulkan perang mulut antara suspek itu dengan seorang daripada mangsa sebelum kedua-duanya beredar dari kedai berkenaan.
Kesemua suspek kemudian bertindak mengejar kedua-dua pelajar itu menggunakan kereta mereka sebelum seorang daripada suspek keluar daripada kenderaan itu sebelum menyerang kedua-dua mangsa menggunakan sebilah pisau, katanya.
Katanya Pasukan Forensik Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati mayat mangsa pertama dalam keadaan tertiarap di atas jalan raya dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan dua lagi di bahagian belakangnya.
Mayat mangsa kedua pula ditemui kira-kira 20 meter dari mayat mangsa pertama dalam keadaan terlentang di kaki lima sebuah kedai dengan satu kesan tikaman di bahagian dadanya, katanya.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa. - BERNAMA

Two British students slain in Kuching

Police lifting one of the bodies onto stretcher.
Police lifting one of the bodies onto stretcher.
   
KUCHING: Two British medical students were stabbed to death after an early morning quarrel with four local men at Abell Road here.
The victims, both male aged 22 and 23, were found lying in the road at about 4.15am Wednesday with stab wounds in the chest and back.
According to initial investigations, a quarrel had taken place between the students and the locals while both parties were drinking at a pub.
Sarawak Deputy Commissioner of Police DCP Datuk Dr Chai Khin Chung said both groups had been drinking at different pubs earlier before coming across each other.
Police covering one of the bodies at the crime scene.
He said when the students left the pub, the suspects pursued them in a car and one of them got out and attacked the victims.
Police arrived at the scene after receiving a call from a restaurant worker who witnessed the incident.
At 6am, police arrested three of the suspects at their homes and seized the car, a knife and other exhibits to assist in the investigation.
"We are looking for the fourth suspect.
The main suspect, aged 23, is in custody," DCP Chai told a press conference at state police headquarters Wednesday.
He added that the victims had arrived here in June to undergo practical training at a local hospital and were due to return to Britain later this month.
He also said police considered the case solved following the arrests and recovery of exhibits.
The three detained suspects, aged 19, 23 and 29, have been remanded for seven days.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED