Izreen Azminda Bengang Gosip Cinta Dengan Amar Diperbesarkan
- Details
- Published on Tuesday, 01 July 2014 09:07
Kelmarin pelakon Amar Baharin telahpun menyelar dakwaan yang mengatakan bahawa dirinya menjadi punca perceraian Izreen Azminda dengan suaminya, Riza.
Terbaru, giliran Izreen pula yang membidas fitnah tersebut dan mahu penulis artikel itu menghormati kehidupan peribadinya.
Izreen dan Amar merupakan hero dan heroin dalam drama bersiri yang kini ditayangkan di TV3 dan semakin menjadi fenomena, 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'.
Apapun, jodoh ajal dan maut semuanya di tangan Allah SWT. Rasanya, daripada sibuk menabur fitnah, lebih baik kita sama-sama mendoakan kebahagiaan Izreen dan juga anak tunggalnya yang comel itu.
malaysian digest