Alor Setar, 2 Mac - Sepasang suami isteri ditahan dan 1,750 biji pil Erimin 5 serta 111 bungkusan plastik berisi ketamin dirampas di sini Rabu lalu.
Turut dirampas dari pasangan yang menganggur ini ialah sebuah Mercedes Benz dan Honda City, barang kemas dan wang tunai yang keseluruhan berjumlah RM295,732.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Supt Abdul Razak Md Zin berkata pil dan ketamin tersebut ditemui kedai, rumah dan kereta, seberat 2,041.33 gram dan bernilai RM94,000.
"Suspek lelaki ditahan di kedai berhampiran Lebuhraya Sultanah Bahiyah manakala suspek wanita ditahan di rumah di Taman Desa Seraya.
"Mereka menyewa kedai berkenaan bagi dijadikan tempat menyimpan dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Abdul Razak, ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif
ketamin manakala suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau.
"Mereka telah menjalankan operasi mengedar dadah di sekitar Alor Setar lebih dari enam bulan dan kita masih menyiasat dari mana suspek mendapat bekalan," katanya.
Mereka direman sehingga Rabu ini. - BERNAMA
ALOR SETAR ,2 Mac 2014 - Bertempat di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, SUPT Abdul Razak bin Md Zin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kedah telah mengadakan sidang media berkaitan rampasan dadah di daerah Kota Setar.
Bertarikh 26 Februari 2014,lebih kurang jam 1.30 petang,sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah melakukan serbuan di premis rumah kedai berhampiran Lebuhraya Sultanah Bahiyah,Alor Setar dan di sebuah rumah di Taman Desa Seraya,Alor Setar.Dalam kedua-kedua serbuan tersebut,pihak polis telah berjaya menahan 1 lelaki dan 1 perempuan warga tempatan berumur 39 tahun dan 29 tahun.Hasil pemeriksaan di tempat berkenaan,pihak polis telah merampas 1750 biji pil Erimin 5 dan 111 plastik pelbagai saiz dadah jenis Ketamin anggaran berat 2,01.333 gm.
Dalam pada itu juga,pihak polis turut menyita sebuah jenis kereta Mercedes Benz C250,sebuah kereta Honda City,baeang kemas dan juga wang tunai yang keseluruhannya dianggarkan RM 295,732.00.
Kes disiasat di bawah SEK 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.Kedua-dua saspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.