Translate

03 March 2014

Radhi OAG Tamatkan Zaman Duda Bulan Depan

Radhi OAG Tamatkan Zaman Duda Bulan Depan

..
Vokalis kumpulan OAG bakal menikahi kekasih hatinya, Nur Shahira Ayu Zahiri atau lebih dikenali sebagai Ayu, 20, bulan depan.
Memetik kenyataan di Berita Harian, Radhi mengaku berdebar walaupun sebelum ini dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif selama lima tahun.
Menurut Radhi, dia akan mengikuti kursus perkahwinan bulan depan. Ini kerana beliau mahu mempertajamkan ilmu mengenai asas keharmonian rumah tangga demi membetulkan kesilapan lalu.
Tidak mahu majlis yang gah dan membazir, Radhi membayangkan acara sederhana serta majlis resepsi yang diadakan selepas Aidilfitri secara kecil-kecilan.
“Walaupun pernah berkahwin, saya akan mengambil kursus perkahwinan kerana saya mahu fokus demi tak tersilap langkah. Kalau mengikut kehendak keluarga Ayu, banyak modal yang perlu dikeluarkan. Saya rasa mungkin lambat lagi kami akan berkahwin sebab saya baru hendak membina karier semula.
“Alhamdulillah, walaupun saya ada kisah silam, tetapi, keluarga Ayu menerima saya seadanya dengan perubahan pada diri saya.
Pada mulanya, majlis persandingan mahu diadakan pada Ogos depan. Tetapi, Insya-Allah mungkin akhir tahun ini. Biar apapun, kita selesaikan perkara wajib dulu,” katanya.
Hasil perkahwinan terdahulu, Radhi mempuntai seorang anak lelaki , Mohd. Rifdhi Muslim, 10 tahun.




 MD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED