"Saya tak tahu kenapa gambar-gambar saya dipadamkan daripada akaun Instagram dia. Saya rasa pastinya ada sebab-sebab yang tersendiri. Mungkin dia mahu menjaga perasaan saya. Saya tak kisah mengenai gambar tersebut. Bagi saya, padamkan gambar tak mengapa, asalkan jangan padam saya dari hatinya," ujar Qi Razali ketika diminta mengulas mengenai perkhabaran yang Nelydia Senrose memadam gambar Qi di akaun Instagram milik Nelydia.
Mengulas mengenai status perhubungannya dengan Nelydia, jejaka berusia 37 tahun ini menjelaskan hubungan cinta yang terjalin antara mereka masih berjalan seperti biasa.
"Status saya dengan dia masih macam biasa, tiada apa yang berubah. Kalau jodoh kami panjang, perkahwinan adalah destinasi seterusnya buat kami. Saya faham, Nelydia ada komitmen dia sendiri. Jadi perancangan untuk berkahwin itu mungkin dalam masa setahun lagi. Namun begitu, saya tidak pernah mahu kongkong kerjaya Nelydia," ujar mantan pengacara 'Jalan-Jalan Cari Makan' ini.
"Saya juga kena fikir, sama ada nak melebihkan perasaan saya sendiri ataupun impian dia yang masih panjang. Takkan sebab sikap cemburu saya, boleh menghalang impian dan bakat Nelydia? Saya mahu dia pergi sejauh mungkin kerana bakatnya memang dalam bidang lakonan. Bakatnya besar, jadi saya tidak akan menghalang perjalanan kariernya," ujar Qi lagi.

Tiada Masalah Dengan Sharnaaz Ahmad
Pemilik nama Qushairi Razali ini juga menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Sharnaaz Ahmad.
"Saya dengan Sharnaaz okay sahaja. Kami tiada apa-apa masalah. Saya juga tidak mempunyai apa-apa masalah jika Nelydia mahu digandingkan dengan Sharnaaz sekali lagi atau dengan sesiapa pun. Nelydia pun tiada masalah apabila saya mahu digandingkan dengan sesiapa. Kami berdua harus bersikap profesional," kata Qi lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Qi akan mengacarakan rancangan 'Kokolog' mulai Ahad, 2 Mac ini, jam 10.00 pagi di TV9. Rancangan ini diterbitkan oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia. 'Kokolog' merupakan sebuah rancangan yang akan menampilkan resipi unik menggunakan produk berasaskan koko. Qi juga akan mengunjungi tempat menarik dan mencari mereka yang memerlukan untuk dibantu.
"Rancangan ini menampilkan satu kelainan yang tersendiri. Selain kami menjelajah, 'Kokolog' juga menampilkan mengenai informasi berkenaan produk koko, resipi masakan dan juga tanggungjawab sosial korporat buat mereka yang memerlukan," kata pelakon drama 'Friday I'm In Love' ini.
Selain itu, Qi juga bakal muncul menerusi drama 'Piring Hitam Terakhir' bersama Nasir Bilal Khan dan Ellie Suriati. Filem lakonan Qi bersama Farid Kamil dan Bront Palarae, 'Anak Jantan' juga menunggu masa untuk ditayangkan di pawagam.