Translate

12 March 2014

Mizz Nina Bagi 'Hint' Minta Noh Salleh untuk meninggalkan dunia nyanyian.

Mizz Nina Bagi 'Hint' Minta Noh Salleh Berhenti Menyanyi

..
Penyanyi dan komposer Noh Salleh mendedahkan isterinya, Mizz Nina ada memberi 'hint' meminta dirinya meninggalkan dunia nyanyian.
Ini kerana, baru-baru ini Mizz Nina sendiri ada menyatakan yang sejak berhijrah, dia nekad berhenti menyanyi kerana menurut ratu Hip Hop tanah air itu dia mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan jenama pakaian muslimahnya.
Bukan tidak mahu memenuhi permintaan isterinya itu tetapi kata vokalis kumpulan Hujan ini dia belum bersedia untuk meninggalkan sepenuhnya karier nyanyian. Namun kini Noh memberitahu dia sudah mula memperlahankan aktiviti seninya.
"Nina tak desak cuma dia ada lah bagi hint suruh saya berhenti menyanyi. Bukan saya tidak mahu. Tapi dengan rezeki muzik ini saya menyara keluarga saya. Walaupun Nina ada pendapatan dia sendiri tapi tanggungjawab saya sebagai suami untuk memberi nafkah kepada dia.
"Lagipun dunia muzik dah jadi sebahagian daripada hidup saya. Kalau saya tinggalkan dunia muzik, saya tak tahu kerja apa yang boleh saya buat. Tapi hint-hint Nina tu buat saya berfikir lah. Cuma buat masa sekarang saya belum bersedia. Tapi saya dah mula memperlahankan aktiviti nyanyian saya sekarang", kata Noh yang juga tidak menolak kemungkinan dia akan meningkalkan dunia seni kelak.
Noh berkata demikian ketika di temui pada sesi pra-dengar album solonya bertempat di studio miliknya, Pharcyde Studio, di Ampang.
Cuti Dari Hujan
Sementara itu, setelah 8 tahun bersama band Hujan, Noh nekad mengorak langkah dengan kini bergelar penyanyi solo.
Menurut Noh, selepas melalui pelbagai pengalaman suka dan duka juga merai pelbagai pencapaian bersama Hujan, kini tibalah masanya untuk memperkenalkan 'dirinya' yang sebenar.
"Sebenarnya perancangan nak bergerak solo ni dah lama, sejak Hujan release-kan album Sang Enemy. Dah 8 tahun perjalanan saya dengan Hujan. Jadi saya nak bercuti sekejap daripada Hujan, saya buat solo. Alhamdulillah anggota Hujan yang lain memberik sokongan kepada saya", katanya.
Bukan niat Noh untuk menongkah arus, tetapi dek kerana minatnya yang mendalam terhadap karya muzik new age jazz dengan elemen pop nusantara, maka terhasillah album ini.
"Dalam album ni saya memperdengarkan sesuatu yang unik dan berbeza dan menjanjikan kepuasan baru bagi peminat. Saya akui, saya tidak mempunyai suara yang merdu tapi saya pertaruhkan bakat menerusi penulisan lagu saya. Album ni juga saya bereksperimentasi dengan pelbagai genre muzik dan sekaligus mahu membuktikan yang saya seorang penyanyi versatil", ujarnya.
Mengambil masa setahun proses rakaman, album solonya memuatkan lima buah lagu. Lebih istimewa, dua lagu didedikasi buat isterinya yang tercinta seperti 'Angin Kencang' dan 'Bunga di Telinga'. Sementara lagu 'Biar Seribu', Noh dedikasikan kepada ibu dan bapa serta kedua mertuanya sempena ulang tahun perkahwinan masing-masing.
"Isteri saya dan perlajanan saya dengan Hujan banyak memberi inspirasi kepada saya dalam mencipta lagu-lagu dalam album ni", tuturnya.
Begitupun penampilan solo Noh tidak membawa maksud bahawa zaman Hujan bakal berakhir. Tetapi ia lebih kepada ekspresi secara individunya sebagai pemuzik. Sekadar ingin berkongsi hala tuju muziknya dengan peminat, Noh ingin lari dari 'bunyi' Hujab dan mencuba sesuatu yang baru.

-mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED