Lisa Surihani Tercalon Di 27th Annual Nickelodeon Kids' Choice Awards 2014
Selepas Yuna dan Shila Amzah, kini giliran Lisa Surihani pula mendapat perhatian dari luar negara.
Lisa Surihani Tersenarai Dalam Top 4 Favourite Asian Act Di 27th Annual Nickelodeon Kids' Choice Awards
- Pelakon berusia 27 tahun ini nampaknya bukan sahaja mampu memikat golongan dewasa menerusi bakat lakonannya, malah namanya juga menjadi sebutan remaja dan kanak-kanak.
- Lisa Surihani telahpun menjadi pilihan remaja dan kanak-kanak apabila tercalon dalam senarai 'Top 4 Favorite Asian Act’ di 27th Annual Nickelodeon Kids' Choice Awards.
Lisa Akan Bersaing Dengan Artis Dari Hong Kong, Filipina Dan Indonesia
Anugerah Tahun Ini Akan Menampilkan Mark Wahlberg Sebagai Pengacara
- Anugerah yang dijangka akan ditonton oleh lebih 375 juta orang seluruh dunia ini bakal menampilkan bintang Hollywood terkemuka, Mark Wahlberg sebagai pengacara.
- Anugerah yang meletakkan sepenuh undian kepada kanak-kanak untuk memilih selebriti kegemaran mereka yang bakal berlangsung pada 29 Mac ini. Manakala di Malaysia pula akan ditayangkan pada 31 Mac.
Pada Tahun 2012 Dan 2013, Yuna Dan Shila Amzah Turut Tersenarai Dalam Kategori Yang Sama
- Yuna Zarai penyanyi yang sedang hangat dengan lagu Terukir di Bintang telah tercalon untuk ketegori Artis Pilihan Asia!! Sesuatu yang membanggakan buat Malaysia.
- Juara Asian Wave 2012 ini telah tercalon di Nickelodeon Kids' Choice Awards 2013 yang dilangsungkan pada 23 Mac 2013 di Los Angeles, Amerika Syarikat.