Layan Nafsu Depan Anak Lima Tahun
- Details
- Published on Saturday, 01 March 2014 19:36
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 38 tahun di Subang Jaya, dekat sini, didakwa bukan saja sanggup membawa anak kecilnya berusia lima tahun ke rumah wanita simpanannya, malah tergamak beraksi tidak senonoh bersama di hadapan anaknya sehingga menyebabkan isteri lelaki itu membuat laporan polis.
Sumber berkata, isteri lelaki itu yang juga berusia 38 tahun terpaksa membuat laporan polis disebabkan bimbang dengan tekanan dihadapi anaknya itu kerana sering dituduh menipu apabila mengadu perihal pelakuan sumbang bapa kandung dengan wanita simpanannya.
Menurut sumber, lelaki terbabit didakwa sering menipu anak perempuannya itu dengan berdalih untuk membawa bersiar-siar namun sebenarnya pergi ke rumah wanita simpanannya di ibu negara untuk melepaskan rindu.
“Pasangan suami isteri itu memiliki dua cahaya mata perempuan berusia lima dan dua tahun. Isteri lelaki itu mengadu, sejak akhir-akhir ini suaminya bersikap dingin sebelum terbongkar suaminya itu sebenarnya memiliki wanita simpanan.
“Pasangan suami isteri itu memiliki dua cahaya mata perempuan berusia lima dan dua tahun. Isteri lelaki itu mengadu, sejak akhir-akhir ini suaminya bersikap dingin sebelum terbongkar suaminya itu sebenarnya memiliki wanita simpanan.
“Isteri lelaki terbabit turut mendakwa anak perempuan sulungnya sering muram dan beberapa kali mengadu bapanya membawa dia berjumpa wanita lain dan biasanya apabila bertemu, bapanya mencium wanita itu.
“Anak itu mendakwa oleh kerana kerap dibawa, anaknya juga sudah mengetahui jalan ke rumah wanita berkenaan yang sering ditemui suaminya dan kebetulan berdekatan dengan rumah mentuanya. Tetapi, apabila diadukan, suami menuduh anaknya itu menipu sehingga menyebabkan anak berusia lima tahun itu tertekan,” katanya.
Menurutnya, berikutan itu, isteri lelaki terbabit membuat laporan polis Isnin lalu disebabkan bimbang dengan keselamatan anak perempuannya selain tidak mahu tumbesaran anak perempuannya itu terganggu dengan pelakuan sumbang bapa kandungnya sendiri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kes itu dan dirujuk kepada mahkamah syariah.
-Harian Metro