Translate

06 March 2014

Iklan Parti PBB Silap ucap 'Tahinah' buat Taib


Satu iklan ucapan tahniah kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam akhbar Utusan Sarawak atas pelantikan sebagai gabenor Sarawak mendapat perhatian utama pengguna media sosial yang mengesan kesalahan ejaan dalam siaran tersebut.
Iklan tersebut didapati disiarkan dengan ucapan "Tahinah" bersama satu gambar Taib yang mengangkat sumpah jawatan barunya.
Lebih memeranjatkan, iklan tersebut ditempah oleh parti diwakili Taib sendiri - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, yang mengetuai gabungan parti BN di Sarawak.
Iklan tersebut disiarkan di halaman 10 akhbar akhbar berbahasa Melayu itu, yang ditubuhkan sejak pertengahan 1990.
Malaysiakini sedang mendapatkan maklumat lanjut dari jabatan pengiklanan Utusan Sarawak .


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED