Translate

16 January 2014

DAVID TEO MAHU SELESAIKAN ISU PENGURUSAN PELAKON WAWA ZAINAL YANG DIBAWAH MIG

David Teo Mahu Bersemuka Dengan Wawa Zainal

..
Penerbit filem David Teo akan memanggil pelakon Wawa Zainal, 23, bagi menyelesaikan isu berhubung hal pengurusan artis wanita itu.
David berkata, pelakon tersebut masih berada dalam kontrak di bawah pengurusan Metrowealth International Group (MIG) yang akan berakhir pada 2015.
"Kami akan panggil Wawa dalam masa terdekat ini bagi menyelesaikan beberapa perkara terutamanya berkaitan isu pengurusannya.
"Sebelum ini kami beri dia berehat sehingga anaknya besar, namun jika dia sudah mula bekerja, dia masih di bawah tanggungjawab kami sehingga tamat kontrak," ujarnya.
David berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan pelakon Aeril Zafril yang akan mengendalikan aktiviti seni isterinya itu.
Dalam laporan mStar Online pada 8 Januari lalu, Aeril berkata, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin sudah pun menerima beberapa tawaran berlakon namun semua projek tersebut adalah di bawah pengurusan artis milik Aeril sendiri.
David berharap aktres itu tidak terus melarikan diri dan menyelesaikan masalah ini dengan segera.
"Kita panggil dia secara lisan sudah lama tetapi dia tidak pernah datang, tapi kali ini kita akan keluarkan surat 'hitam-putih' kerana jika dia berada di bawah pengurusan lain ia merupakan satu kesalahan," katanya.

sumber : mStar online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED