Translate

22 October 2024

Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang



Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang

Bernama

22/10/2024


Supt Zaiham berkata, Khairul Amir (gambar) berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 165cm dengan berat lebih kurang 60kg. - Foto Polis Bentong

KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 11 Okt lepas di Taman Saga, Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Khairul Amir Ismail, 24, pada 3.43 petang semalam.

Beliau berkata lelaki itu berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian dianggarkan 165 sentimeter dengan berat lebih kurang 60 kilogram dan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja T berkolar (corak berbelang coklat putih) dan berseluar panjang warna hitam.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah lbu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED