Translate
26 September 2024
Taasub melampau, pengikut GISB rela dianiaya dan jadi mangsa penderaan
Taasub melampau, pengikut GISB rela dianiaya dan jadi mangsa penderaan
Bernama
26/09/2024
Razarudin berkata mereka tiada kemampuan untuk melarikan diri ke sempadan Malaysia-Thailand kerana pemimpin GIBS yang memegang segala dana, elaun dan kewangan telah ditahan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketaasuban melampau kepada kepimpinan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) dikatakan menjadi punca pengikut kumpulan itu sanggup 'menggadaikan' kehidupan mereka dan ahli keluarga demi organisasi dan pemimpin.
Ketaasuban juga menjadikan para pengikut organisasi itu rela menjadi mangsa penganiayaan dan penderaan malah dalam soal kewangan pun mereka amat bergantung kepada kepimpinan GISB .
Akibat kekangan kewangan kerana terlalu bergantung kepada kepimpinan tertinggi organisasi, pihak Polis Diraja Malaysia percaya pengikut GISB masih berada dalam negara kerana sukar meninggalkan tanah air.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata mereka tiada kemampuan untuk melarikan diri ke sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Kelantan kerana pemimpin GIBS yang memegang segala dana, elaun dan kewangan telah ditahan selain akaun kumpulan itu dibekukan baru-baru.
Sementara itu, 34 individu yang dikaitkan dengan GISB yang tamat menjalani tempoh reman hari ini ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi membantu siasatan.
Razarudin berkata polis juga telah memperoleh lanjutan reman terhadap 24 pengikut kumpulan berkenaan termasuk pengurusan tertinggi organisasi itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selama empat hari bermula esok.
Beliau berkata siasatan mendapati kaedah perniagaan GISBH dipermudah melalui pegangan terhadap Aurad Muhammadiah versi organisasi itu.
Siasatan juga mendapati berlandaskan ketaasuban dan sikap mendewakan pemimpin, kumpulan ini dikatakan sanggup memutarbelitkan ajaran Islam yang sebenar.
Sementara itu, Kementerian Komunikasi juga akan bertindak terhadap kumpulan itu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan menurunkan sebarang kandungan berkaitan GISBH termasuk lagu yang tular jika mendapat arahan untuk berbuat demikian daripada pihak polis.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya juga telah meminta MCMC meneliti dan memantau kandungan di media sosial yang berkaitan dengan GISB.
Dalam pada itu, pembongkaran aktiviti GISB menerusi Op Global di seluruh negara menyebabkan perkembangan harian kes berkenaan kian hangat.
Di Selangor, Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan penahanan 24 individu termasuk pemimpin kanan GISBH selama empat hari iaitu hingga 28 Sept ini bagi membantu siasatan manakala permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 wanita yang dipercayai ahli kumpulan itu ditolak.
Selain itu, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengarahkan supaya lapan sekolah pengajaran Islam persendirian yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan GISB di negeri berkenaan ditutup.
Lapan premis tersebut adalah Sekolah Menengah (SM) Islam Global Ikhwan (Banat), Sekolah Rendah Islam (SRI) Yaqutul Fuad dan SRI Integrasi Bustanul Ikhwani di Rawang, SRI Integrasi Qurratul Ain dan Maahad Tahfiz Wal Ulum Al Ghazaly di Sepang; SRI Miftahul Hikmah, Klang; SM Islam Zadut Taqwa 2, Puchong dan SM Islam Zadut Taqwa 1, Shah Alam.
Di Negeri Sembilan, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata agensi penguatkuasaan diarah memantau premis dan aktiviti perniagaan dikaitkan dengan GISB yang dipercayai mula mengubah logo bagi mengelak daripada disiasat susulan beberapa laporan yang diterima.
Di Kelantan pula, empat individu berusia lingkungan 15 hingga 45 tahun yang dikaitkan dengan GISB direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Malaysia to become leading hub for green investments, drive sustainable growth Astro Awani 20/11/2024 Minister of Housing and Local Governme...
-
Malaysian man to be publicly caned at mosque for Islamic crime of close proximity Reuters 21/11/2024 A sharia court judge in the northeaster...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
Blog Archive
-
▼
2024
(4476)
-
▼
Sept 2024
(381)
- Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenj...
- Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 dilancarkan, ke a...
- Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai -...
- Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu sindiket pe...
- Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan...
- Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaa...
- Khadijah Ibrahim cedera ringan, kereta bertembung ...
- Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas ken...
- Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman le...
- Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
- GISB Travel & Tours antara 81 perusahaan dipercaya...
- Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu G...
- GISBH: Remand period of several individuals extended
- Malaysia's official reserve assets at US$116.77bil...
- 80 Malaysia league matches use VAR - Sivasundaram
- Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat ...
- Polis tahan 15 individu disyaki terlibat dengan ke...
- Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
- Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel k...
- Mayat Hassan Nasrallah ditemukan - Sumber
- Op Global: Kronologi kes GISB setakat 29 Sept
- UM sahkan kemasukan pelajar cemerlang Izz Imil
- UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni...
- Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima la...
- Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota Miss Univers...
- Rumah sampah KLCC terbakar
- Chelsea 4-2 Brighton | P4LMER bags ALL FOUR! - HIG...
- SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
- Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena...
- 'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disamb...
- PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebes...
- Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadap...
- Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tida...
- Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepad...
- Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang ...
- Unity Government leaders congratulate Syed Hussien...
- Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi D...
- PM Anwar buat panggilan video dengan Uya
- Pope Francis, pressed by Belgium on sexual abuse, ...
- Mahkota voters go to the polls today
- LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majl...
- Ketua Audit Negara pertahan kerusi ahli ASOSAI Gov...
- JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
- Naomi Campbell banned as charity trustee after pro...
- Malaysia eyes global AI hub status with AWS RM29.2...
- 83,700 students to benefit from "Anak Kita" progra...
- Saudi Arabia forms global alliance to push for Isr...
- Najib: BOD's job to manage SRC funds
- GISBH probe: Remand of four individuals extended
- Najib: US$70mil account is for CSR, not personal use
- PU Azman kena penjara 24 tahun kes amang seksual r...
- 56 years of Al-Arqam: From child exploitation to c...
- Dua Penjenayah Ditembak Mati
- Ustaz Ahmad Husam didakwa guna gelaran tidak diikt...
- Ahli GISBH rotan kanak-kanak kena penjara 10 tahun
- Former school assistant fined RM20,000 for falsify...
- Polis sahkan Syed Hussien tiada rekod sabitan jenayah
- AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk berop...
- Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding...
- PRK Mahkota: Pengundi tunai tanggungjawab esok
- No more single-use plastic bags at 20 retail chain...
- Buruh mengaku tidak bersalah cedera isteri guna se...
- JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa ...
- JKT, JPJ bincang mekanisme undang-undang tangani i...
- Amang seksual terhadap anak tiri: Pekerja restoran...
- Malaysia di tangga ke-33 dalam Laporan Indeks Inov...
- KPDN conducting review of E-Commerce legislation t...
- NRES directs METMalaysia to review SOP on preparat...
- Act 852: A proactive step to safeguard public heal...
- HSR: Konsortium China-M'sia dalam pertimbangan lep...
- Taasub melampau, pengikut GISB rela dianiaya dan j...
- Pemilik boleh didenda jika pelihara baka anjing te...
- JAIS siasat 612 individu terkait GISB - Exco Agama
- PM Anwar Ibrahim - "Peralihan Tenaga Untuk Kesejah...
- Kastam kutip hasil RM41.68 bilion setakat 31 Ogos ...
- Sinkhole at Bunga Raya complex suspected to be cau...
- Fahmi confirms termination of J-Kom Director-Gener...
- Najib testifies he had no control over SRC interna...
- CCID nabs 17 over RM32.9mil investment scam
- Anura Kumara Dissanayake sworn in as Sri Lanka's n...
- Marxist AKD Takes Charge as Sri Lanka's President ...
- Sanusi mohon ampun pada Sultan Selangor
- Terre Haute's singing janitor wins America's Got T...
- Ira Kazar minta RM3,000, tapi Syamsul perlu bayar ...
- Helikopter bawa petugas KKM kembali dengan selamat
- Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam...
- Bukit Aman probing Melbourne video of Jalur Gemila...
- Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah
- Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Komplek...
- Sri Lankan president dissolves parliament, calls f...
- Four suspects linked to GISBH remanded for three days
- Najib denies directing SRC through Nik Faisal, cou...
- Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
- Strengthening Ringgit: MAPIM urges cross-politics ...
- Floods cause UK travel disruptions despite improve...
- Asian shares rally as China introduces largest sti...
- GISB: No parents have claimed children rescued in ...
- Blackpink's 'How You Like That' choreography video...
- Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga Petrus
- Keprihatinan, kebajikan terhadap masyarakat India ...
-
▼
Sept 2024
(381)