Translate

26 September 2024

JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 Sept 2024'



JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 Sept 2024'

Bernama

26/09/2024



JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan hantaran dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu. - Foto JPN

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan hantaran tular di media sosial mengenai pemberian bantuan wang tunai sebanyak RM700 yang dibuat oleh Jabatan itu.

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan hantaran dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu.

"Sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh kerajaan, ia boleh disemak di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (bantuantunai.hasil.gov.my)," kata kenyataan itu.


JPN juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sebegitu serta jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti.

"Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my," tambah kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu video di aplikasi TikTok daripada akaun @malaysia.madani.2024 yang memaparkan maklumat palsu mengenai 'Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 September 2024'.

Video berkenaan mendapat lebih 362,800 tontonan dan 6,175 tanda suka.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 9 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 6 hrs 55 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 8 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 12 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 8 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 9 hrs 24 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 9 hrs 54 mins ago