Translate

01 August 2024

LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara



LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara

Bernama

31/07/2024
LHDN berkata e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan 5,000 syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos 2024. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-Invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan, dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat.

MyInvois akan dilaksanakan mulai esok (1 Ogos).

LHDN dalam satu kenyataan berkata e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan 5,000 syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos 2024.







"Fasa kedua akan bermula pada 1 Januari 2025, melibatkan syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan antara RM25 juta hingga RM100 juta dan seterusnya melibatkan semua pembayar cukai mulai 1 Julai 2025," kata LHDN.

Untuk memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar dan efektif, LHDN telah menyediakan dua mekanisme penghantaran e-Invois melalui Portal MyInvois dan Application Programming Interface (API) untuk kemudahan pengguna.

Persekitaran pengujian dan produksi bagi API telah disediakan sejak April 2024 manakala Portal MyInvois pula telah mula digunakan pada Jun 2024.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM150,000 dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois.

Bagaimanapun, beliau berkata PMKS digalakkan untuk melaksanakan e-Invois secara sukarela.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Abu Tariq Jamalauddin berkata pelancaran sistem MyInvois ini merupakan titik permulaan reformasi percukaian di Malaysia dan memacu negara ke arah inovasi digital yang lebih mampan.

"Demi memastikan agenda nasional kerajaan ini direalisasikan, LHDN optimis dan komited dalam memastikan persiapan pelaksanaan e-Invois bagi fasa kedua dan fasa ketiga melibatkan jaringan pembayar cukai lebih besar berlangsung dengan sebaik mungkin sekali gus menjadikan platform e-Invois sebagai pemacu utama sistem percukaian negara," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PROSIDING BUNG MOKTAR DIBENAR TANGGUH | BEST FBKL' 56 mins ago
A visitor from Wilmington viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan KLIA Express, KLIA Transit Terganggu ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JPJ sita Lamborghini dipandu warga China tanpa les' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tanpa PERMATA@Pintar, MIT mungkin sekadar mimpi bu' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Datuk Hussein Omar Khan appointed as the new Selan' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Koperal parah akibat senjata sendiri di IPK Pulau ' 2 hrs 21 mins ago