Translate

01 August 2024

LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara



LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara

Bernama

31/07/2024
LHDN berkata e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan 5,000 syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos 2024. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-Invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan, dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat.

MyInvois akan dilaksanakan mulai esok (1 Ogos).

LHDN dalam satu kenyataan berkata e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan 5,000 syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos 2024.







"Fasa kedua akan bermula pada 1 Januari 2025, melibatkan syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan antara RM25 juta hingga RM100 juta dan seterusnya melibatkan semua pembayar cukai mulai 1 Julai 2025," kata LHDN.

Untuk memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar dan efektif, LHDN telah menyediakan dua mekanisme penghantaran e-Invois melalui Portal MyInvois dan Application Programming Interface (API) untuk kemudahan pengguna.

Persekitaran pengujian dan produksi bagi API telah disediakan sejak April 2024 manakala Portal MyInvois pula telah mula digunakan pada Jun 2024.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM150,000 dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois.

Bagaimanapun, beliau berkata PMKS digalakkan untuk melaksanakan e-Invois secara sukarela.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Abu Tariq Jamalauddin berkata pelancaran sistem MyInvois ini merupakan titik permulaan reformasi percukaian di Malaysia dan memacu negara ke arah inovasi digital yang lebih mampan.

"Demi memastikan agenda nasional kerajaan ini direalisasikan, LHDN optimis dan komited dalam memastikan persiapan pelaksanaan e-Invois bagi fasa kedua dan fasa ketiga melibatkan jaringan pembayar cukai lebih besar berlangsung dengan sebaik mungkin sekali gus menjadikan platform e-Invois sebagai pemacu utama sistem percukaian negara," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 8 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 5 hrs 48 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 6 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 6 hrs 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 7 hrs 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 7 hrs 33 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 35 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 43 mins ago