Translate

28 July 2024

Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis

 

Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada polis

Bernama

27/07/2024
Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas. - Gambar hiasan/BERNAMA

JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas, Skudai di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima laporan berhubung sebuah kereta melarikan diri daripada pemeriksaan pencegahan jenayah di lokasi tersebut pada kira-kira 11.20 malam.

Beliau berkata tangkapan itu melibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun dan kekasihnya berusia 20 tahun, selain seorang kanak-kanak yang merupakan anak kepada suspek wanita didapati turut berada dalam kereta terbabit.


"Enam kereta peronda polis (MPV) telah mengejar kereta suspek yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan bermula di Taman Impian Emas dan melalui beberapa jalan lain di sekitar Johor Bahru, sebelum akhirnya mereka ditangkap di taman yang sama.

"Mereka dipercayai melarikan diri kerana berada di bawah pengaruh dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan mengenai pasangan itu dikatakan menculik kanak-kanak berkenaan sebaliknya merupakan anak kepada suspek wanita.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tiada sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat di media sosial memaparkan mengenai insiden enam MPV polis sedang mengejar sebuah kereta.

-- BERNA
MA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 7 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 8 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 9 hrs 53 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 10 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 10 hrs 50 mins ago