Translate

27 July 2024

Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah

 Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah

Astro Awani

27/07/2024Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah

Siasatan awal polis mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.


KUALA LUMPUR : Polis menahan seorang guru yang disyaki melakukan amang seksual ke atas beberapa murid lelaki di sebuah sekolah rendah di Hulu Selangor sejak sebulan lalu, pada Khamis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian pada jam 2.03 pagi hingga 10 pagi hari yang sama.

"Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza, termasuk di bilik sebuah inap desa di Ulu Yam.



"Difahamkan, mangsa antara yang terpilih mewakili Hulu Selangor dalam pertandingan bola sepak.

"Guru tersebut yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani ditahan sepasukan anggota polis di kawasan Bukit Beruntung, kira-kira jam 1.30 pagi.

"Ujian air kencing terhadapnya didapati negatif, selain tiada rekod jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mohd Asri berkata, empat kertas siasatan dibuka terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

"Suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 31 Julai bagi membantu siasatan," katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 57 mins ago
A visitor from Upland viewed 'Negeri Sembilan raih pelaburan RM7.25 bilion tahun' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 7 hrs 17 mins ago