Translate

29 July 2024

Dua anggota polis IPD Kajang didakwa peras ugut warga asing ditahan reman



Dua anggota polis IPD Kajang didakwa peras ugut warga asing ditahan reman
ASTRO AWANI

29/07/2024
Foto ini ialah tangkapan layar dari video yang tular sejak Ahad. - Sumber foto: Media sosial
KUALA LUMPUR: Dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan reman dua hari bermula Isnin berhubung kes peras ugut yang melibatkan seorang lelaki warga asing, pada tengah hari Ahad.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Taming Sari, di sini itu tular di media sosial sejak Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat lelaki warga negara asing berhubung satu video tular memaparkan kejadian pemerasan itu.

"Hasil semakan video yang tular itu membawa kepada penahanan terhadap dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang dan sehubungan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Hussein menambah, jika disabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Beliau menegaskan polis tidak akan melindungi mana-mana pihak sama ada pegawai kanan atau anggota rendah jika didapati terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah.

"Kita tidak akan berkompromi dan siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut undang-undang," katanya.

Sebelum ini tular di platform Telegram, dua video memaparkan dua anggota polis yang menunggang motosikal memeras ugut lelaki warga asing.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'Bekas guru rugi RM82,000 tawaran buka kedai TikTok' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 31 mins ago
A visitor from San jose viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 32 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AMK umum sokong Nurul Izzah se' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 5 hrs 33 mins ago