Translate

27 April 2024

Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan maut direman






Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman

Bernama

27/04/2024 18:00 MYT


Motosikal mangsa yang tercampak ke bahagian belakang pacuan rempat roda yang dirempuhnya. - Gambar/ Ihsan pembaca

KUANTAN: Seorang wanita berusia 35 tahun yang memberhentikan kenderaan dipandunya sebelum bertindak melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur semalam direman dua hari.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata penumpang kenderaan wanita terbabit iaitu seorang lelaki warga China berusia 37 tahun turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua mereka direman bermula hari ini bagi siasatan lanjut susulan kes kemalangan yang melibatkan seorang lelaki maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.







Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, seorang lelaki berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pemuzik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sejurus pemandu kenderaan pacuan empat roda itu menekan brek mengejut selepas wanita terbabit yang memandu kenderaan utiliti sukan jenis Mitsubishi Pajero Sport berhenti di bahu kiri jalan sebelum bertindak melintas ke kanan laluan itu.

"Dalam masa yang sama datang motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 ditunggang mangsa dari arah belakang terus melanggar pacuan empat roda itu, sebelum mangsa terjatuh di lorong laju manakala motosikalnya tercampak ke bahagian belakang kenderaan itu," katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian, katanya.

-- BERNAMA


Watch on TikTok

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 38 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 50 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 7 hrs ago