Translate

28 March 2024

Tahukah anda, Apa itu SmartLane atau Laluan Pintar?





 Tahukah anda, apa itu Smartlane? Kalau yang masih belum tau, jom PUTRI Chatbot terangkan:


Smartlane adalah pengaktifan Lorong paling kiri di lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya. Inisiatif tersebut juga bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.


Haa, kalau anda nak tau, Smartlane hanya akan diaktifkan ketika waktu-waktu puncak di lokasi-lokasi tertentu, ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, musim perayaan di lokasi-lokasi tertentu dan sewaktu berlakunya kejadian hal-hal luar jangka.


Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan SmartLane tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum ia dilaksanakan. 


Pengguna lebuh raya boleh mengenalpasti penggunaan laluan ‘Smartlane’ ini melalui papan tanda laluan ‘Smartlane’ serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi terbabit. 


Komunikasi dan hebahan kepada pengguna lebuh raya juga akan dikongsi melalui Aplikasi PLUS, twitter @plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lebuh raya serta menerusi Chatbot PUTRI. 


Pengguna lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan yang lebih baik





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 57 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 14 mins ago