Translate

29 March 2024

Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV



Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV

Bernama

Mac 29, 2024
Mahkamah berpendapat bahawa defendan secara salah menggunakan dan membaik pulih unit kerana ia tidak dilakukan mengikut prosedur syarikat.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV

Mahkamah berpendapat bahawa defendan secara salah menggunakan dan membaik pulih unit kerana ia tidak dilakukan mengikut prosedur syarikat.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan FGV terhadap Mohd Isa dan Mohd Emir Mavani pada 2018 untuk menuntut ganti rugi RM7.69 juta membabitkan pembelian kondominium di Troika, Persiaran KLCC yang didakwa melebihi harga pasaran.

Mahkamah berpendapat bahawa defendan secara salah menggunakan dan membaik pulih unit kerana ia tidak dilakukan mengikut prosedur syarikat.

"Mereka juga telah meletakkan kepentingan mereka dalam konflik dengan syarikat dan tidak bertindak demi kepentingan terbaik plaintif.

"Defendan kedua (Mohd Emir) juga telah melanggar tugasnya dengan menyalahgunakan sistem carpool dan kad petrol. Jadi, defendan harus bertanyggungjawab dan perlu membayar ganti rugi," katanya.

Hakim Mohd Arief bagaimanapun menjelaskan bahawa kedua-dua defendan tidak melanggar tugas dalam pembelian unit kerana ia dilakukan mengikut resolusi Lembaga.

Beliau berkata FGV tidak mengalami sebarang kerugian berhubung pembelian unit Troika kerana ia masih dimiliki oleh syarikat.

Mahkamah memerintahkan Mohd Isa membayar RM990,502 kepada FGV termasuk RM300,000 ganti rugi teladan dan RM200,000 sebagai kos manakala Mohd Emir membayar RM2, 322, 705 termasuk RM 500,000 sebagai ganti rugi teladan dan kos RM2,000.

Hakim Mohd Arief berkata ganti rugi teladan sedemikian dikenakan memandangkan kedudukan kedua-dua mereka dalam syarikat.

Keputusan itu dibuat menerusi prosiding yang dikendalikan secara aplikasi Zoom dengan dihadiri peguam Andrew Chiew Ean Vooi mewakili FGV, manakala Lavinia Kumaraendran dan Mavin Thillainathan mewakili Mohd Isa, Vincent Lawrance dan Abdul Rahim Abdul Rahim mewakili Mohd Emir.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 4 hrs 29 mins ago