PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Bernama
Mac 29, 2024

Menerusi catatan di laman Facebook dan akaun X (Twitter), beliau berkata Paskah atau Easter adalah hari besar buat pengikut Katolik. - Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Menerusi catatan di laman Facebook dan akaun X (Twitter), beliau berkata Paskah atau Easter adalah hari besar buat pengikut Katolik.
"Di kesempatan ini, saya ucapkan semoga kasih sayang dan kebahagiaan terus dihidupkan serta kedamaian diperkukuh," katanya.
Perayaan Good Friday disambut hari ini manakala Easter pada Ahad ini.
-- BERNAMA