Translate

21 December 2023

Pengarah JSJ Bukit Aman turun padang, tinjau perkembangan siasatan kes Zayn Rayyan



Pengarah JSJ Bukit Aman turun padang, tinjau perkembangan siasatan kes Zayn Rayyan

Bernama

Disember 20, 2023
Mohd Shuhaily dilihat memasuki Blok R apartmen berkenaan, dipercayai untuk meninjau lokasi kejadian termasuk aliran anak sungai. - Bernama

Pengarah JSJ Bukit Aman turun padang, tinjau perkembangan siasatan kes Zayn Rayyan

Mohd Shuhaily dilihat memasuki Blok R apartmen berkenaan, dipercayai untuk meninjau lokasi kejadian termasuk aliran anak sungai. - Bernama

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini turun padang meninjau perkembangan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman Damansara Damai di sini.

Mohd Shuhaily dilihat tiba di apartment berkenaan kira-kira 1.10 tengah hari menaiki motosikal berkuasa tinggi diiringi dua kereta peronda sebelum diberikan penerangan mengenai kes berkenaan oleh beberapa anggota dipercayai pegawai penyiasat kes.

Mohd Shuhaily kemudian dilihat memasuki Blok R apartment berkenaan, dipercayai untuk meninjau lokasi kejadian termasuk aliran anak sungai tempat mayat kanak-kanak malang itu ditemukan.







Mohd Shuhaily bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkembangan kes berkenaan yang masuk hari ke-14, hari ini.

"Tiada apa-apa kenyataan daripada saya, semua maklumat oleh KP (Ketua Polis) Selangor," katanya sebelum beredar dari apartment itu pada 2.30 petang.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 48 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Frankfurt am main viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setiausaha Wanita DAP Selangor kekal bebas tuduhan' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Over 200 Flights Cancelled, 18 Airports Temporaril' 3 hrs 16 mins ago