Translate

27 December 2023

Isu stesen Petronas kehabisan bekalan diesel telah selesai - Armizan



Isu stesen Petronas kehabisan bekalan diesel telah selesai - Armizan
ASTRO AWANI

Disember 27, 2023
Armizan menjelaskan, PDB sedang mengerakkan bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi menangani isu itu dengan segera. - Foto fail/ Astro AWANI

Isu stesen Petronas kehabisan bekalan diesel telah selesai - Armizan

Armizan menjelaskan, PDB sedang mengerakkan bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi menangani isu itu dengan segera. - Foto fail/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Isu kehabisan stok bekalan diesel yang dihadapi Petronas Dagangan Berhad (PDB) di beberapa stesen Petronas di seluruh negara sudah diselesaikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan, PDB sedang mengerakkan bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi menangani isu itu dengan segera.

"Isu ini telah diselesaikan hari ini dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah berkomunikasi dengan PDB.







"Saya sendiri telah menghubungi pihak pengurusan PDB," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, PDB menerusi satu kenyataan mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel.

PDB memaklumkan perkara itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.

Justeru, PDB memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi selain memberi jaminan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meminimumkan gangguan berkenaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Papagomo Terus 'Meratib' Kerajaan Zalim! | BEST FB' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Suami isteri direman kes dera bayi berusia dua bul' 1 hr 22 mins ago
A visitor from New york viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bodø/Glimt 0-2 Tottenham Hotspur | Europa League 2' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Jelutong viewed 'Enam kenderaan dirampas, cubaan seludup petrol ber' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita warga emas cedera dirempuh MPV dalam restor' 1 hr 41 mins ago