Translate

27 November 2023

Polis nafi iring pemilik kilang di Skudai



Polis nafi iring pemilik kilang di Skudai

Bernama

November 26, 2023
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sebaliknya pihaknya hadir bagi mengawal kekecohan yang berlaku di lokasi berkenaan. - Gambar fail

Polis nafi iring pemilik kilang di Skudai

Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sebaliknya pihaknya hadir bagi mengawal kekecohan yang berlaku di lokasi berkenaan. - Gambar fail

JOHOR BAHRU: Polis menafikan dakwaan bahawa kenderaan pengiring polis digunakan untuk mengiringi seorang pemilik kilang keluar dari kawasan premisnya di Skudai, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sebaliknya pihaknya hadir bagi mengawal kekecohan yang berlaku di lokasi berkenaan.

"Polis Johor menafikan video tular menerusi aplikasi TikTok berkaitan pihak polis memberi kebenaran menggunakan kenderaan pengiring polis untuk eskot pemilik sebuah kilang di Skudai keluar dari kawasan kilangnya.



"Hasil semakan mendapati, kira-kira 12.30 tengah hari semalam telah berlaku kekecohan di hadapan kilang tersebut melibatkan beberapa individu," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebar berita tidak sahih kerana boleh mengelirukan masyarakat dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Orang awam atau saksi, katanya diminta tampil membuat laporan sekiranya mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular beberapa video menerusi TikTok memaparkan seorang individu mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi pemilik kilang yang juga wanita didakwa berasal dari Kemboja itu meninggalkan kilangnya ketika kekecohan berlaku, semalam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 5 hrs 24 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 5 hrs 24 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 5 hrs 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 40 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 6 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 hrs 48 mins ago