39 PATI dicekup, bina penempatan haram dalam hutan
19 September 2023,
BULETIN TV3
JIM menahan 39 PATI tinggal dalam hutan dalam satu Operasi Penguatkuasaan Imigresen Bersepadu di Puncak Alam,Selangor, Sabtu lalu. Foto ihsan JIM
Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin
PUTRAJAYA: Menjadikan kawasan hutan di Puncak Alam, Selangor sebagai penempatan haram Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Bagaimanapun taktik itu berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen susulan Operasi Penguatkuasaan Imigresen Bersepadu pada jam 2 pagi Sabtu lalu dengan 39 PATI ditahan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pasukan operasi terpaksa berjalan kaki di dalam gelap hampir 15 minit untuk sampai ke penempatan haram tersebut melalui jalan hutan.
Ujarnya, serbuan yang dilaksanakan sangat mencabar kerana penempatan haram itu berada jauh di dalam hutan dari laluan utama dan dikelilingi cerun yang curam.
“Terdapat banyak lorong-lorong yang tersembunyi bagi memudahkan PATI meloloskan diri daripada ditangkap. Semasa serbuan terdapat PATI yang cuba melarikan diri melalui lorong-lorong hutan dan melompat ke cerun-cerun yang curam.
“Tindakan mereka ini boleh membahayakan keselamatan diri sendiri. Bagaimanapun, hampir semua yang cuba melarikan diri berjaya ditahan kerana kawasan tersebut telah dikepung terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam operasi itu, seramai 95 warga asing diperiksa dan hasilnya seramai 39 PATI warganegara Indonesia yang berumur di antara 2 hingga 52 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki, 22 perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.
Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
“Baki 56 orang yang diperiksa tidak ditahan kerana mereka mempunyai slip pendaftaran program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku.
“Jabatan ini akan memanjangkan maklumat dan laporan penempatan haram ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tambahnya, operasi dilaksanakan dengan kekuatan seramai 110 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan serta Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Ibu Pejabat, Putrajaya.
Operasi turut dibantu 13 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).