Translate

09 January 2023

Sidang media bersama Anwar Ibrahim dan Joko Widodo - sepakat kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia


 Anwar dan Jokowi sepakat kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia

Astro Awani

Januari 9, 2023 

Anwar dan Jokowi sepakat kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia

Kedua-dua pemimpin itu juga bertekad untuk segera menyelesaikan beberapa isu berbangkit yang belum ditangani. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Jokowi sepakat untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Kedua-dua pemimpin itu juga bertekad untuk segera menyelesaikan beberapa isu berbangkit yang belum ditangani, antaranya isu tenaga kerja Indonesia dan pendidikan anak mereka di Malaysia, penyelarasan pengambilan pekerja dan persempadanan.

Dalam pernyataan bersama selepas pertemuan di Istana Bogor sebentar tadi, Anwar dan Jokowi juga sepakat pelbagai perbincangan yang belum diputuskan diselesaikan segera dan perjanjian ditandatangani tahun ini.

Anwar memberi komitmen memastikan isu perlindungan terhadap pekerja-pekerja dari Indonesia diberi keutamaan selain berusaha untuk memastikan urusan kemasukan pekerja dari Indonesia dipermudahkan.

"Kita akan berusaha menghindari isu-isu yang boleh merenggang dan meretakkan hubungan kerana saya mahu hubungan Malaysia dan Indonesia ini istimewa.

"Soal Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ini mengguris perasaan ramai rakyat Indonesia bukan hanya pemerintah dan saya tahu benar kerana saya berpengalaman di penjara yang sama, mendengar kesan 'cambokan' terhadap mereka dan saya fikir ini tidak manusiawi dan pada tahun 2022 cambokan sudah dihentikan.

"Tetapi itu bukan penyelesaian, penyelesaian perkara ini harus menyeluruh supaya nasib pekerja dapat dibela.

"Soal agensi pekerja harus pemudahkan tidak mengambil keuntunagn berlebihan untuk menekan pekerja dan digitalisasi unit ini sangat penting kerana ia akan mengurangkan kerenah birokrasi dan mengurangkan penggunaan ejen," katanya.


[TERKINI] Sidang media bersama Anwar Ibrahim dan Joko Widodo

Anwar berkata, Malaysia tidak mahu isu berkaitan terus berpanjangan yang menjejaskan usaha dua negara untuk mencapai kesepakatan demi kepentingan rakyat dan kedua-duanya negara.

Mengulas isu persempadanan, Anwar menjelaskan sudah banyak mesyuarat dan rundingan diadakan, namun masih banyak belum diselesaikan dan Malaysia berharap ia dapat diputuskan dengan perjanjian kerjasama.

"Hal-hal perbatasan sebagainya, tentunya kita akan teliti dan laksanakan. Dari taklimat yang saya perolehi tidak terlalu banyak kerumitannya hanya memerlukan tekad yang jelas.


Lawatan Rasmi | Indonesia hargai dukungan perjanjian persefahaman berkaitan sempadan


"InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan bawa ke jemaah menteri berhubung perkara ini," katanya lagi.

Sebelum itu, kedua-dua pemimpin bertukar-tukar buah fikiran di beranda Istana Bogor selepas Anwar diberikan sambutan negara dalam lawatan rasmi beliau ke Indonesia.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED