Translate

23 December 2022

Seorang Wanita Dihadapkan Ke Makhamah Atas Menipu Penganjuran Konsert Membabitkan Beberapa Artis Popular









Segera lapor polis jika beli tiket konsert tak wujud
BH News


Awie berharap, perkara seumpama itu tidak berulang kerana gambarnya bersama penyanyi lain digunakan untuk tujuan penipuan. - NSTP/Azhar Ramli

Awie berharap, perkara seumpama itu tidak berulang kerana gambarnya bersama penyanyi lain digunakan untuk tujuan penipuan. - NSTP/Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie, 53, meminta individu yang pernah berurusan dengan seorang wanita yang terbabit konsert tidak wujud membabitkannya dan beberapa artis tampil membuat laporan polis.

Bagaimanapun, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, dia tidak mengetahui jumlah sebenar mangsa jika ada yang terpedaya dengan hebahan konsert itu.

"Saya menyeru kepada mereka (jika ada) yang sudah membeli tiket konsert membuat laporan polis. Saya tidak tahu berapa ramai yang ditipu.

"Kalau cerita mengenai harga tiket antara RM300 hingga RM400 itu duit juga. Bukan senang nak cari duit, jadi saya harap mereka yang tertipu hadir membuat laporan kerugian," katanya ketika ditemui pemberita perkarangan Mahkamah Majistret Ampang, di sini, hari ini.

Terdahulu, ibu tunggal, Norhayati Maslinda Chew Asmawie Chew, 44, dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan melakukan cubaan menipu seorang lelaki yang juga rakan Awie berhubung penganjuran konsert tidak wujud di Sabah pada Oktober lalu.

Awie yang juga duta bagi kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berharap, perkara seumpama itu tidak berulang kerana gambarnya bersama penyanyi lain digunakan untuk tujuan penipuan.

Norhayati Maslinda (kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan melakukan cubaan menipu rakan Awie berhubung penganjuran konsert tidak wujud di Sabah. - NSTP/Azhar Ramli
Norhayati Maslinda (kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan melakukan cubaan menipu rakan Awie berhubung penganjuran konsert tidak wujud di Sabah. - NSTP/Azhar Ramli

"Saya tidak kenal wanita itu. Saya tak tahu siapa dia dan tinggal di mana. Tiada satu perbincangan mengenai konsert ini.

"Saya tidak mahu perkara ini berulang membabitkan penipuan konsert seperti ini. Semoga ia menjadi pengajaran agar tidak wujud penipuan," katanya.

Media melaporkan perbuatan wanita mula dikesan apabila Awie selepas mendapat maklumat daripada rakannya berhubung satu hantaran di Facebook mempromosikan konsert yang dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Februari tahun depan.

Suspek dikatakan menawarkan penjualan tiket konsert berharga RM199 hingga RM649. Bagaimanapun, Awie menafikan ditawarkan atau menandatangani kontrak untuk menjayakan konsert berkenaan.

Poster konsert Unplugged Living Legend yang memaparkan wajah Awie, Ziana Zain, Ella dan Erra Fazira selain vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani turut tular.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 9 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 6 hrs 55 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 8 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 12 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 8 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 9 hrs 24 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 9 hrs 54 mins ago