Translate

29 December 2022

Lelaki 'bertelekung' mengaku salah curi telefon bimbit jemaah wanita

 Lelaki 'bertelekung' mengaku salah curi telefon bimbit jemaah wanita

Bernama

Disember 29, 2022 Lelaki 'bertelekung' mengaku salah curi telefon bimbit jemaah wanita

Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di dua buah masjid di sini.- Gambar fail

Lelaki 'bertelekung' mengaku salah curi telefon bimbit jemaah wanita

Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di dua buah masjid di sini.- Gambar fail

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang menyamar dengan memakai telekung untuk mencuri di dalam masjid didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri telefon bimbit milik dua jemaah wanita pada minggu lepas.

Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di dua buah masjid di sini.

Namun Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menangguhkan hukuman terhadap Mohamad Amirul Shafiq bagi menunggu laporan sosial memandangkan tertuduh merupakan pesalah muda.



Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Amirul Shafiq dituduh mencuri sebuah telefon bimbit jenis iPhone X milik Maznah Selamat di Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam pada 6.25 pagi, 20 Dis lepas.

Bagi pertuduhan kedua, jurujual itu didakwa mencuri sebuah telefon bimbit jenis Samsung Z Flip 3 milik Kasmunah Abd Rahman di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam pada 8.50 malam, 20 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohamad Redza Azhar menetapkan RM3,000 jaminan bagi setiap pertuduhan dan 17 Jan ini bagi mendengar laporan sosial tersebut.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 31 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS susulan keyakin' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Milton keynes viewed 'Aplikasi Air Selangor 2.0 ditambah baik, aduan keb' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Papagomo Terus 'Meratib' Kerajaan Zalim! | BEST FB' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kuil Di Silibin Bukan Atas Tanah Wakaf | BEST FBKL' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Dakwa periksa 'makmal dadah', penjenayah menyamar ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Papagomo Terus 'Meratib' Kerajaan Zalim! | BEST FB' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Komunikasi sasar 7,000 usahawan NADIpr' 1 hr 28 mins ago