KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Istana Negara, pada petang hari ini.
Sesi menghadap yang bermula pada jam 5.00 petang itu merupakan yang kali pertama buat YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 di istiadat pada 24 November lepas di Istana Negara.