Dua kenderaan rasmi Istana Pahang dan Perlis berangkat tiba di Istana Negara pagi ini bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri ke-10.
Kedua-dua kenderaan rasmi itu membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, keberangkatan kedua baginda pada pukul 10.20 pagi dan 10.30 pagi.
Kenderaan rasmi Istana Pahang dan Perlis tiba di pintu utama Istana Negara sebentar tadi. pic.twitter.com/0W7umzXOuI
— Kosmo! Online (@kosmo_online) November 24, 2022
10.20 Kenderaan yang membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Istana Negara.@BuletinTV3 pic.twitter.com/KKrptivcOt
— Syafiqah Damanhuri (@syafiqahNewsMPB) November 24, 2022