Translate

30 November 2022

Hujan lebih sejam, longkang tersumbat punca banjir kilat di Lebuhraya Kajang SILK - Bomba

 Hujan lebih sejam, longkang tersumbat punca banjir kilat di Lebuhraya Kajang SILK - Bomba

Bernama

November 30, 2022 Hujan lebih sejam, longkang tersumbat punca banjir kilat di Lebuhraya Kajang SILK - Bomba

Anggaran kedalaman air ialah 0.91m menyebabkan laluan terlibat tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan ringan. - Gambar/ JBPMHujan lebih sejam, longkang tersumbat punca banjir kilat di Lebuhraya Kajang SILK - Bomba

Anggaran kedalaman air ialah 0.91m menyebabkan laluan terlibat tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan ringan. - Gambar/ JBPM

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan longkang tersumbat menyebabkan air melimpah kira-kira hampir satu meter (m) ke Lebuhraya Kajang SILK di laluan Putrajaya menghala Sungai Ramal Luar, Kajang kira-kira 5 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu, lapan buah jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang telah digerakkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, hasil pemeriksaan oleh pihak bomba mendapati berlaku limpahan air ke jalan raya dipercayai akibat longkang tersumbat susulan hujan lebat selama lebih sejam.



"Anggaran kedalaman air ialah tiga kaki (0.91m) menyebabkan laluan terlibat tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan ringan. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata tinjauan yang turut dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat pengendali lebuh raya berkenaan mendapati air surut kira-kira 30 minit kemudian.

"Pegawai Komander Operasi BBP Kajang bersama-sama PDRM telah membantu melancarkan aliran trafik dan tiada kerja-kerja penyelamatan mangsa dibuat," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'First day of Lady Gaga concert ticket presales see' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '22,351 calon dapat 9A | BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS selepas FOMC ce' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rohaimi Md Isa dilantik pemangku Pengarah JSJK mul' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis nafi kawasan hutan, ladang nanas yang terbak' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 51 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Penjawat awam terima habuan hingga' 1 hr ago
A visitor from Osaka viewed '22,351 calon dapat 9A | BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago