Translate

29 November 2022

PM Anwar "Sempat Batal" The Order for The Mercedes S600 Ordered Before, Saying The Current Cars Are More Than Enough .




xxx



Ismail Sabri pernah tolak guna kenderaan kalis peluru'
Sinar Harian

November 28, 2022 
'Ismail Sabri pernah tolak guna kenderaan kalis peluru'

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis perluru yang disediakan kerajaan untuknya.

Bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir mendedahkan, sepanjang bergelar Perdana Menteri, Ismail Sabri lebih selesa menggunakan kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu.

Justeru katanya, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menolak menggunakan kenderaan rasmi iaitu Mercedes S600 bukan perkara luar biasa.


"Bahkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubah suai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri.

"Ismail Sabri juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, meskipun kediaman rasmi Perdana Menteri telah indah diubah suai," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan, Anwar membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Anwar memaklumkan beliau menolak untuk menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600, yang telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki Pejabat Perdana Menteri.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San pablo city viewed 'Former MIT athletes among 6 dead in NY plane crash' 1 min ago
A visitor from Volgograd viewed 'Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 ' 2 mins ago
A visitor from San jose viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Police investigate viral video of angry woman hitt' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia dipilih semula ke Majlis Pentadbiran CSAM' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 1 hr 32 mins ago