Translate

29 November 2022

Perjumpaan Perdana Menteri Anwar bersama Warga Jabatan Perdana Menteri - Video


PM seru kakitangan awam bawa perubahan pada negara

November 29, 2022 






PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh kakitangan kerajaan agar bersama-sama membawa negara ke arah pemulihan.

Ujar Anwar Ibrahim, matlamat itu mungkin sukar dicapai sekiranya tidak menerima kerjasama daripada semua pihak.

Tegas Perdana Menteri, negara suatu ketika dahulu pernah berada di kedudukan yang membanggakan namun ia berubah atas beberapa faktor.


"Negara ini perlukan perubahan, suatu tahap yang pernah kita capai dulu malangnya merosot, baik dari segi ekonomi, kestabilan atau pun disiplinnya.

"Dan tentunya semua tahu tentang pelanggaran hukum termasuk isu-isu penyelewengan rasuah yang kadang-kadang ada kaitannya dengan pimpinan penjawat awam.

"Dalam sejarah negara, kerajaan silih berganti namun penjawat awam sebagai tunggak mentadbir, kekal mengangkat sistem dan pentadbiran," katanya.

Beliau berkata demikian semasa perhimpunan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Selasa.

Kehadiran Anwar Ibrahim juga menjadi pertemuan pertama beliau sebagai Perdana Menteri bersama warga JPM.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengambil contoh syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad yang merundum akibat kelemahan kepimpinan.

Katanya, syarikat penerbangan itu sememangnya mempunyai rekod perkhidmatan yang baik namun ia kecundang berikutan kelemahan individu yang memimpin.

"Perkhidmatannya (MAS) sangat baik, pengurusannya baik, yang lemah itu adalah pengurusan di atas.
"Akibatnya kerugian kepada ramai keluarga dan kesannya terhadap negara, imej dan keyakinan negara.
Justeru, beliau menyatakan, seluruh penjawat awam perlu menerima hakikat bahawa negara sememangnya memerlukan perubahan.

Ini termasuk perubahan dari sudut kepimpinan.

"Keadaan mesti berubah. Perubahan itu dari kepimpinan termasuk dari perkhidmatan awam, kementerian, dan jabatan yang harus terima perubahan.

"Tidak mungkin saya berjaya sekiranya tunggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama saya," katanya lagi.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED