Translate

24 November 2022

90 daripada 130 ketua UMNO bahagian sokong Zahid'

 'Pemimpin UMNO seluruh negara kembali sokong Zahid'

 November 24, 2022 @ 6:01pm

bhnews@bh.com.my



Mohd Shafie bersama sebahagian ketua UMNO bahagian yang berikrar menyokong Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO. NSTP/ IRWAN SHAFRIZAN ISMAIL

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO negeri terutama Ketua UMNO bahagian seluruh negara menyatakan solidariti bagi menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Seramai 90 daripada 130 ketua UMNO bahagian hadir mengadakan pertemuan bersama Ahmad Zahid di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC), hari ini.


Mewakili mereka, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah, berkata 130 ketua bahagian termasuk pengerusi perhubungan negeri berikrar menyokong Ahmad Zahid bagi meneruskan perjuangan dan memastikan parti terus relevan.


"Presiden meminta kita terus bersama memperkukuh parti, mana-mana ketua bahagian yang masih rasa bimbang, syak wasangka, masih fikir macam-macam, silalah kembali untuk kita bersatu.


"Yang mana sudah 'kona baring' (desak Ahmad Zahid letak jawatan) baliklah semula, tunjuk solidariti kepada Presiden… kita berlapang dada supaya UMNO kembali padu bersatu, kita hanya menang 30 kerusi, kalau tidak bersatu, malanglah kita di masa depan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Antara yang hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said.


Selain itu, Mohd Shafie berkata, semua ketua UMNO bahagian turut menyatakan kekesalan atas kebiadaban pemimpin parti komponen MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) atas desakan supaya Presiden meletak jawatan.


"Kita bawa dan kendong mereka berpuluh tahun, kerusi dimenangi mereka pun banyak majoriti Melayu, tetapi apabila kita dalam keadaan genting ini mereka pula berpaling tadah," katanya.


Sebelum ini, beberapa pemimpin parti termasuk komponen BN mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatan Pengerusi BN dan Presiden UMNO sebagai mengambil tanggungjawab kekalahan besar parti itu pada PRU15.


Semalam, kepemimpinan tiga parti komponen BN turut mengemukakan ketetapan undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid.


Usul berkenaan dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup menerusi sepucuk surat bertarikh hari sama.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 5 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 6 hrs 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 7 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 7 hrs 20 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 23 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 30 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 34 mins ago