Translate

05 January 2022

LPPR puas hati penjelasan Ketua SPRM Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham

 



LPPR puas hati penjelasan Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham

ASTRO AWANI

Januari 5, 2022 15:54 MYT

LPPR puas hati penjelasan Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham

Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, mesyuarat yang diadakan bersama Azam pada 24 November lalu mendapati beliau tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan itu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR : Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LPPR), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, mesyuarat yang diadakan bersama Azam pada 24 November lalu mendapati beliau tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan itu.

backup_ads

“Dalam pertemuan itu, Tan Sri Azam telah menjelaskan kedudukan sebenar kepada saya dan ahli-ahli LPPR yang lain bahawa akaun saham beliau ketika itu digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli saham-saham berkaitan pada tahun 2015, yang mana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan pecuniary ataupun beneficial bagi pembelian mahupun pemilikan saham-saham berkenaan.



“Pada masa yang sama, pembelian saham-saham tersebut dibuat di pasaran saham terbuka dan tiada sebarang pencanggahan kepentingan bagi pembelian saham-saham berkenaan pada tahun 2015,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Abu Zahar menjelaskan, walau bagaimanapun, kesemua saham-saham tersebut telah dipindahkan semula kepada Nasir Baki dalam tahun berkaitan.


“Setelah berbincang dengan panjang lebar, ahli-ahli LPPR berpendapat bahawa Tan Sri Azam tiada sebarang kepentingan pecuniary mahupun beneficial ke atas saham-saham berkenaan.

“Justeru, LPPR berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau conflict of interest dalam perkara tersebut,” jelasnya.

Beliau menambah, di samping itu, LPPR turut bercadang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada masyarakat dalam masa yang tertentu, tetapi malangnya isu itu telah dibangkitkan terlebih dahulu oleh bekas ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Edmund Terence Gomez.

“Perkara ini (pendedahan Edmund) amat mengejutkan saya,” ujarnya.




"Tohmahan ini direka untuk jatuhkan reputasi saya" - Azam Baki jawab dakwaan miliki saham

ASTRO AWANI

Umavathi Ramayah

Januari 5, 2022 16:18 MYT

"Tohmahan ini direka untuk jatuhkan reputasi saya" - Azam Baki jawab dakwaan miliki saham

Tan Sri Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Beliau menegaskan tidak terlibat dalam urusan pemilikan saham, malah tuduhan yang mendakwa terdapat conflict of interest di pihaknya juga tidak berasas.

backup_ads

"Saya ingin menegaskan bahawa dalam isu saham saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tuduhan yang menyatakan terdapat conflict of interest di pihak saya seperti mana yang didakwa oleh segelintir pihak adalah tidak berasas.



"Saya telah menjelaskan kepada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun saham saya digunakan oleh adik saya untuk membuat urus niaga beliau dan saya tiada ada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, pada Selasa.

Azam menjelaskan, saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adiknya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibelinya oleh syarikatnya tiada kaitan dengan siasatan SPRM.


Bahkan, jelas Azam, saham-saham itu telahpun dipindahkan kepada akaun milik adiknya.

Dalam pada itu mengenai tuduhan yang mendakwa beliau mengawal banyak syarikat, Azam menyifatkan itu satu pembohongan besar oleh pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.

"Ia direka dengan sengaja menjatuhkan reputasi saya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Saya menafikan sekeras-kerasnya tohmahan ini kerana ia adalah perbuatan yang berniat amat jahat," ujarnya lagi.

Justeru itu, Azam memberitahu, selepas mendapat nasihat peguam, beliau mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu-individu yang mencemarkan reputasinya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED