Translate

01 January 2022

Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini. | 1,306 jemaah dikesan positif

 


COVID-19: Umrah ditangguh, 1,306 jemaah dikesan positif - Khairy

ASTRO AWANI

Januari 1, 2022 

COVID-19: Umrah ditangguh, 1,306 jemaah dikesan positif - Khairy

Khamis lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di semua tempat selepas kes jangkitan harian COVID-19 di negara itu kembali melonjak. 

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan sebanyak 1,306 daripada 11,108 jemaah yang pulang menunaikan umrah dikesan positif COVID-19, setakat 30 Disember 2021 lalu.

"Daripada jumlah tersebut, 592 dikesan positif hasil ujian pertama pada hari ketibaan di Malaysia.

"Tetapi, paling membimbangkan adalah, 714 kes dikesan positif hasil ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi tempahan tiket perjalanan umrah yang baharu, Khairy berkata, ia ditangguhkan berkuat kuasa 1 Januari.

"Bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada 1 hingga 7 Januari 2022, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

"Mereka bagaimanapun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) apabila tiba di Malaysia," katanya.


Khamis lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di semua tempat selepas kes jangkitan harian COVID-19 di negara itu kembali melonjak.

Pada Oktober lepas, Arab Saudi mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, termasuk membenarkan individu yang lengkap divaksin tidak memakai pelitup muka di tempat awam terbuka.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED