Translate

05 January 2022

Banjir: Polis cadang tempatkan lima bot bagi setiap IPD



Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

05/01/2022 07:23 PM


KUALA LUMPUR, 5 Jan -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menempatkan lima bot bagi setiap 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai tindak balas segera sekiranya berlaku bencana banjir.


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata perkara berkenaan akan dipanjangkan kepada kerajaan untuk pertimbangan.


"PDRM merancang untuk mendapatkan fasiliti keselamatan (bot) untuk kegunaan tindak balas segera jika banjir berlaku di negeri-negeri terjejas.


"Selain itu, PDRM telah diberi tanggungjawab mengetuai penugasan tindak balas bencana dalam jawatankuasa pasukan petugas khas operasi dan pascabencana yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali)," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED