xxPada 2 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,882 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,764,354 kes.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 2, 2022
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam
284 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 156 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, 3,291 jumlah kes sembuh yang direkodkan, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,692,216.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.3 peratus atau 2,833 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.7 peratus atau bersamaan 49 kes.
Dalam pada itu, satu kluster baharu turut dikesan dengan 209 kluster masih lagi aktif sementara 5,925 kluster telah diisytiharkan tamat.