Jusoh Jaafar |
Bomoh mengaku tidak bersalah rogol bakal pengantin
Seorang bomoh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, Khamis minggu lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Jusoh Jaafar, 67, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaacob.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun yang mana kerelaannya didapati dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.
Sumber: Malaysia Gazette YouTube