Translate

01 August 2021

Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Bas Kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang .

 

COVID-19: Ebit Lew hadiahkan bas kepada HTAR

Astro Awani
COVID-19: Ebit Lew hadiahkan bas kepada HTAR
Ebit Lew menghadiahkan sebuah bas kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk membawa pesakit COVID-19 ke pusat kuarantin. -Foto Instagram/@ebitlew
TIDAK menjadikan kontroversi yang berlaku sejak beberapa hari lalu mengganggu kerja amalnya, pendakwah terkenal Ebit Lew tetap meneruskan tanggungjawab membantu rakyat Malaysia.
Kali ini, Ebit menghadiahkan sebuah bas kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk membawa pesakit COVID-19 ke pusat kuarantin.
"Terima kasih Allah. Terima kasih semua saudaraku tanpa mengira bangsa dan agama
Dengan rasa rendah diri dan syukur dapat kami hadiahkan bas untuk Hospital Klang.
"Bas diperlukan untuk bawa pesakit COVID-19 untuk dipindahkan ke mana-mana pusat kuarantin.
"Masa hantar bas diserahkan dengan geran pada hospital tadi banyak nampak van jenazah di hospital.
"Usaha kecil ini berbanding usaha ramai orang lain sama ada kerajaan, NGO atau persendirian lain yang lebih jauh ke depan membantu.
"Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya melalui satu perkongsian di akaun Instagramnya.
Beliau juga berharap sumbangan itu akan dapat meringankan beban HTAR dan kakitangannya yang bertungkus-lumus menangani pandemik COVID-19.
.
"Dr dan Timbalan Pengarah Hospital berterima kasih sangat.
"Sebenarnya kami yang berterima kasih atas jasa tuan puan semua frontliner. Allah sahaja yang membalasnya.
"Mudah-mudahkan pemberian bas ini dapat meringankan sikit beban hospital Klang ini. Terima kasih sahabat semua," ujarnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED