![]() |
| Anggota polis berpangkat Sarjan Mejar direman empat hari bermula hari ini. |
Polis berpangkat Sarjan Majer direman kes rasuah
One News
4/8/2021
One News
4/8/2021
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar direman empat hari bermula hari ini.
Perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan kes rasuah di Balai Polis Nilai,tahun lalu.
Anggota polis berusia 60 tahun yang bertugas di Balai Polis Nilai itu didakwa meminta dan menerima suapan berjumlah RM1,225 sebagai balasan membantu seorang wanita bagi menguruskan sebuah kes yang dituduh di Mahkamah Majistret Seremban.
Permintaan dan penerimaan telah berlaku sebanyak empat kali, bermula 3 November sehingga 2 Disember 2020.
Anggota terbabit ditahan Selasa lalu di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
Sumber: One News YouTube
