Translate

11 August 2021

PM Tan Sri Muhyiddin masih belum selesai mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN)

 

Dua jam berlalu, Muhyiddin masih bermesyuarat dengan pemimpin kanan PN

ASTRO AWANI
Dua jam berlalu, Muhyiddin masih bermesyuarat dengan pemimpin kanan PN
Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat keluar dari Perdana Putra hari ini.- Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Selepas dua jam berlalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum selesai mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) yang lain yang bermula pukul 5 petang tadi.
Setakat permerhatian media sehingga 6.50 petang, tiada lagi pergerakan keluar melibatkan pemimpin-pemimpin tersebut di pintu-pintu utama Bangunan Perdana Putra.
Terdahulu, media melaporkan kenderaan yang membawa Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan yang pertama memasuki perkarangan bangunan pada pukul 3.40 petang
Ia kemudian disusuli kenderaan rasmi yang membawa Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pada pukul 3.50 petang.
Selain itu, media juga melaporkan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa tiba sekitar pukul 4.15 petang, namun dilihat meninggalkan perkarangan setengah jam kemudian.
Tidak dapat dipastikan sama ada Annuar turut menghadiri mesyuarat itu atau hadir atas urusan yang berlainan.
Sementara itu, beberapa media melaporkan kenderaan yang membawa Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, tiba pada kira-kira pukul 4.36 petang.
Selain itu, kenderaan yang membawa Presiden MIC Datuk Seri Wee Ka Siong pula dilihat memasuki perkarangan bangunan pada pukul 4.56 petang.
Media sebelum ini melaporkan, beberapa pemimpin kanan PN dari Sabah dan Sarawak telah berada di ibu negara sejak semalam untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
Selain Abang Johari, turut dijadualkan menyertai mesyuarat itu ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Hui Kian, dan Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Anthony Nogeh Umbek.

FOR MORE UPDATES:
Dua jam berlalu, Muhyiddin masih bermesyuarat dengan pemimpin kanan PN | Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED